6 Laman Web dan Apps/ Aplikasi Percuma bagi Peniaga Online

Assalamualaikum,

Kali ini saya akan berkongsi mengenai 6 laman web dan apps/ aplikasi percuma yang boleh kita gunakan untuk mengiklankan produk kita terutamanya peniaga online/ online bisnes.

Saya tahu ramai di antara kita sudah pun biasa dengan bisnes online dan juga dropship. Jadi, bagi sesiapa yang masih baru dan masih mencari cara-cara untuk marketkan/ iklankan produk anda, saya akan bagi seditkit tips di dalam entri ini.

Senarai penuh 6 Laman Web dan Apps/ Aplikasi percuma untuk peniaga online/ online bisnes:

1. Instagram

Mungkin sudah ramai yang familiar dengan instagram dan sudah pastinya anda tahu ramai peniaga yang telah berjaya menjalankan bisnes online mereka hanya dengan menggunakan instagram.

Kalau anda baru mula berniaga online, anda perlulah ada akaun instagram. Buat satu akaun instagram bisnes. Pastikan lain dari akaun individu anda.

Kenapa? Sebab anda akan menggunakan teknik follow dan unfollow untuk menaikkan kedai baru anda. Ini adalah perkara normal yang akan dilakukan oleh sesebuah akaun bisnes instagram. Jika anda menggunakan akaun individu, cara follow dan unfollow ini pastinya tidak sesuai. Berbisnes menggunakan akaun individu hanya sesuai  untuk individu yang telah pun mempuyai ramai followers.

2. Facebook page

Mungkin anda sering lihat rakan anda berniaga menggunakan FB sendiri kan? Pada pandangan saya jika anda ingin beriklan di FB, sila buat satu FB page untuk barangan anda. Spam gambar anda banyak2 di FB page. Sekali-sekala sahaja anda share page anda menggunakan akaun FB individu. Pasti ramai yang kurang gemar kan bila terlalu kerap rakan anda post iklan di FB? Jadi buat FB page jika ingin berniaga.

Untuk mempopularkan FB page agak sukar. Ada beberapa cara mudah tetapi agak lambat berkesan. Pastikan post anda menggunakan hashtag yang berkaitan. Cuba join ke dalam group2 yang berkaitan. Cara2 percuma seperti ini memang lambat mendatangkan hasil.

Jalan terbaik adalah menggunakan FB ads. Ya.. FB ads yang anda terpaksa keluarkan wang sedikit jugalah yang terbaik.

3. Shopee

Anda pernah shopping online di Lazada dan Zalora? Pasti sudah biasa dengar kan… Shopee menggunakan konsep yang hampir sama. Install apps Shopee di phone anda. Saya sangat berkenan dengan konsep shopee kerana peniaga tidak dikenakan sebarang bayaran jika hendak beriklan di shopee.

Kemudahan yang disediakan di dalam apps shopee sendiri juga sangat berguna. Ada chats yang mana anda boleh bertanyakan dengan peniaga tentang barangan mereka. Selain itu money guaranteed untuk pembeli jika barang tidak sampai. Satu apps yang selamat untuk digunakan namun masih tak lari dari risiko berurusan dengan scammer.

Bagus untuk peniaga. Boleh chats, tak perlu bayar untuk beriklan, ada rating untuk peniaga, dan beberapa tawaran menarik seperti preferred seller yang ditawarkan oleh shopee.

4. Carousell

Jangan lupa untuk cuba nasib juga menggunakan apps Carousell. Kebanyakan produk di dalam Carousell adalah preloved atau second hand. Namun ada juga yang berniaga barangan baru. Seperti Shopee, Carousell juga didatangkan dengan chats terbina namun tidak mengintegrasikan pembayaran di dalam apps mereka. Jadi pembayaran akan dibuat seperti anda order barang melaui whatsapp dengan peniaga.

5. ImSold

Aplikasi yang hampir sama dengan Carousell namun berlainan tema sahaja. Kurang mesra berbanding Carousell tetapi masih boelh digunakan untuk beriklan. Dan ini juga adalah apps/ aplikasi percuma untuk beriklan.

6. Mudah.my

Hampir satu Malaysia sudah tahu dengan mudah.my ini. Cuba juga nasib anda beriklan di mudah. Tetapi anda haruslah berhati-hati dengan ‘pembeli’ yang bertanyakan tentang produk anda. Di dalam mudah.my terlalu banyak scammers tetapi anda masih boleh menjual barangan anda jika anda bijak menyiasat siapa pembeli anda.

Di atas ini adalah senarai 6 laman web dan aplikasi percuma yang boleh anda gunakan untuk mengiklankan produk anda. Insyallah jika ada kelapangan saya akan berkongsi lebih mengenai laman web dan aplikasi di atas. Selamat maju jaya dalam bisnes anda. 🙂

Adakah anda gunakan kesemua web dan aplikasi di atas? Kongsikan pengalaman anda.

Cara bank in Cheque/ Cek di mesin ATM bank

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

meshio-blank-cheque

Untuk pertama kalinya saya akan share dengan anda semua bagaimana cara untuk bank in cek/cheque yang anda dapat di mesin ATM bank. Tidak kira sama ada Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, atau Hong Leong Bank, caranya hampir sama.

Walaupun telah ramai yang sudah tahu cara bank in cek ini, tetapi saya percaya masih lagi ramai yang baru pertama kalinya memegang cek dan masih bingung dan ragu2 apa perlu dibuat seterusnya. Betul kan? Saya percaya betul sebab saya juga begitu pada awalnya. Hehe…

Jadi, apabila anda semua dapat cek yang mungkin datangnya dari bos anda untuk gaji pertama anda, ataupun cek yang datangnya dari client anda, ini adalah perkara2 yang anda perlu buat:

Cara Pertama:

  1. Semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan amaun (RM) pada cek adalah amaun yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga dieja dengan betul.
  2. Setelah anda yakin kesemua di atas adalah betul, anda boleh mula menulis nama anda pada bahagian belakang cek/ Cheque. Pastikan nama penuh sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga no akaun bank anda dan no telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang. Apa itu cek tendang?
  4. Setelah selesai, anda haruslah ke bank untuk deposit cek anda. Bank mana yang anda patut pergi?
  5. Kalau anda dapat cek/cheque CIMB tetapi akaun bank adalah Maybank, anda haruslah pergi ke Maybank. Ke bank mana yang anda ingin masukkan duit tersebut, ke situlah anda patut pergi ya..
  6. Kemudian, ikut arahan pada skrin ATM/ Cheque Deposit Machine tu. Sebenarnya ianya dinamakan Cheque Deposit Machine. Jadi anda perlualh cari Cheque Deposit Machine di bank. Saya menulis ATM pada awal perenggan tadi adalah disebabkan kita lebih familiar dengan perkataan ATM. Kan??
  7. Ikut sahaja step-steps yang diberi pada skrin. Kebiasaannya,  steps pada Cehque Deposit Machine seperti ini:
    1. Pilih ‘Deposit Cek’ pada skrin
    2. Masukkan no akaun bank yang tertera pada belakang cek
    3. Semak nama yang keluar pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM)
    4. Masukkan Cek tersebut pada slot setelah arahan diberi dan lampu menyala.
    5. Tunggu resit anda. Simpan resit sehingga duit anda betul2 masuk dalam akaun. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk proses. Kalau simpan resit senang anda nak refer semula kepada bank jika ada masalah.
    6. Selesai.
  8. Selesai dan tunggu sehingga cek anda diproses dan duit masuk ke dalam akaun bank. Mudah kan?

LA01_MaybankATM

Cara kedua (Fast Processing Cheqeu/ Fast Deposit Machine):

  1. Ikut langkah 1-5 seperti di atas.
  2. Masukkan dan bank in cek/cheque ke dalam Fast Cheque Deposit Machine. Fast Deposit Machine ni lebih cepat prosesnya kerana anda tidak perlu memasukkan lagi no akaun pada skrin machine.
  3. Machine ini biasanya tiada skrin. Sebahagian bank memerlukan anda memasukkan cek di dalam sampul sebelum bank in cek ke dalam machine ini dan sebahagiannya tidak perlu.
  4. Pengalaman saya, jika pergi ke Maybank tidak perlu masukkan cek dalam sampul tetapi machine ini tidak akan keluarkan resit setelah bank in. Jadi anda perlulah mengambil gambar cek sebelum bank in sebagai langkah berjaga-jaga.

teller-counter2

Cara Ketiga (Bank in di kaunter)- Housing cheque:

  1. Ikut langkah 1-5 seperti di atas.
  2. Cara ini  sesuai untuk housing cheque. Bermaksud cek yang anda dapat cek Maybank dan akaun bank anda juga Maybank.
  3. Jadi, semak nama cawangan bank yang tertera pada cek tersebut. Jika ianya tulis cawangan Ampang, maka pergilah anda ke Maybank Ampang untuk bank in cek.
  4. Ambil no  di bank dan katakan anda ingin bank in cek di kaunter.
  5. Tujuannya? Cara ini bertujuan untuk mendapatkan duit anda dengan lebih pantas. Bank akan proses pada hari yang sama anda bank in dengan syarat anda bank in sebelum cut off pada hari itu.
  6. Cara pertama dan kedua tadi biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk diproses tetapi cara ini hanya dalam sehari cek anda akan diproses.
  7. Selesai

 

CASH CHEQUE

creditable (1)

Apa itu cash cheque? Ini adalah cek yang pada ruangan nama ditulis ‘CASH’. Sesiapa sahaja boleh ke kaunter cawangan bank yang tertera pada cek, dan boleh bank in untuk dapatkan duit ‘on the spot’ jika memegang cek ini. Cek ini jarang dibuat dan hanya dibuat jika duit diperlukan urgent sahaja.

Risikonya ialah jika tercicir cek ini, sesiapa sahaja boleh ke bank dan ambil duit tersebut. Mungkin saya akan jelaskan lebih lanjut mengenai Cash Cheqeu pada entri2 yang akan datang. Insyaallah.

Ok sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk waktu ini. Seandainya ada kelapangan masa, akan saya kongsikan lagi perkara2 yang saya rasa bermanfaat untuk kita tahu.

Anda rasa anda perlu baca ke entri ini? 🙂